Remy Flerr
Entrepreneur & Founder of Flerr
Hafiz Halin
Chendol Gemok' Owner
"Bermula dari Simposium Hartanah, saya berkenalan dengan Tuan Ahyat dan mula sedar tentang ilmu hartanah. Saya kini lebih peka tentang penjagaan aset sebelum melabur. Perkara penting yang pertama adalah kapital @ kewangan, jadi dari situ saya mula fikirkan bagaimana untuk bekerjasama bersama team Tuan Ahyat. Di Flerr, kami mempunyai lebih kurang 25 orang smart partners dan mereka ini sedang dibantu oleh team Tuan Ahyat Ishak bagaimana nak menjaga status kewangan dan melabur dalam bidang hartanah dengan cara dan teknik yang betul.
Alhamdulillah, saya sudah berjaya melabur dalam 2 unit hartanah dan saya berharap, Tuan Ahyat akan terus membantu usahawan-usahawan untuk lebih sedar kepentingan pelaburan hartanah dalam perniagaan mereka dan boost lagi ilmu-ilmu baru kerana kepakaran beliau tidak dinafikan, memang memberikan impak yang positif kepada ramai orang."
"Sebelum ini, saya tidak tahu apa-apa tentang hartanah. Totally ZERO knowledge. Tak pernah dengar tentang rental yield, ROI untuk hartanah, booster, interest rate, bank charge dan sebagainya. First property saya hanya sign! Tapi, saya ingin belajar. Saya nak menuntut ilmu. Selepas bertemu dengan Tuan Ahyat, baru saya nampak rupanya boleh buat keuntungan dengan hartanah.
Paling terkesan pada saya selepas belajar dengan Tuan Ahyat adalah tentang Masterplan. Selama ni tak ada plan langsung tentang hartanah. Saya tak tahu cara beli hartanah dengan betul, selamat & bertanggungjawab. Selepas berbincang bersama isteri, mengambil kira kemampuan kami berdua sebagai pasangan suami isteri. Alhamdulillah, kini saya sudah memiliki 3 buah rumah dan salah satunya memberikan pulangan / rental yield sebanyak 21% kepada saya. Sekarang, saya sudah mula agresif dalam pelaburan hartanah di dalam COG (Centre of Gravity), jadi saya tidak melabur dalam sebarang hartanah dan memastikan saya hanya memilih hartanah yang betul-betul akan memberikan pulangan sahaja.
Saya masih lagi dalam proses menuntut ilmu hartanah bersama sifu-sifu yang lain dan tak akan pernah berhenti."